Wednesday 5 April 2017

GAMBAR PROGRAM UJIAN KEMBARA PENGAKAP, PENGAKAP DAERAH JEMPOL TAHUN 2017

Salam Pengakap!!  Salam Pengakap Jempol Unggul Di Mercu! 


      Pada 31 Mac 2017 yang lepas,  seramai 149 orang Ahli Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda Daerah Jempol telah berjaya menamatkan Program Ujian Kembara Pengakap.  Di dalam program tersebut,  semua ahli Pengakap telah melaksanakan beberapa aktiviti di sekitar Bandar Baru Serting.  Program ini telah dijayakan bersama 20 orang jurulatih, barisan Pemimpin dan Penolong Pemimpin dari Kumpulan Pengakap Daerah Jempol serta Pengakap Raja Daerah Jempol. Tuan Sulaiman bin Malik,  Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol telah merasmikan pelepasan peserta untuk memulakan pengembaraan.

     Berikut merupakan rakaman gambar sepanjang program tersebut:

Peserta menyiapkan tugasan bersama sekawan dan patrol


Bergerak di dalam patrol dan sekawang yang dibentuk. 


Keseronokkan bersama sekawan dan patrol. 

Melaksanakan nyanyian dan tepuk pengakap di salah sebuah sekolah rendah di Felda Raja Alias. 


Wajah ceria dan seronok sepanjang kembara di laksanakan. 





Salah seorang peserta mencuba memakai salah satu kelengkapan uniform anggota Bomba dan Penyelamat. 



Program di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jempol.  




   Tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu, Barisan Ketua Pesurujaya Pengakap Negeri, Barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol, Barisan Jurulatih, Barisan Pemimpin dan Penolong Pemimpin sekolah Daerah Jempol,  Jawatankuasa Pelaksana Program Ujian Kembara Pengakap, Pengetua dan Guru Besar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Jempol, guru guru pengiring,  ibu bapa dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langusung atau tidak langsung yang telah bersama membantu menjayakan program ini.  Semoga terus cemerlang setiap masa dan saat.  Salam Pengakap!! 

1 comment:

  1. TAHNIAH Tuan Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol dan team Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol yang kental jiwa dan nurani! Salam Pengakap!

    ReplyDelete

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...