Thursday 6 April 2017

DOKUMENTASI PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA BERBASIKAL PENGAKAP KANAK KANAK ZON SERTING TAHUN 2017

Salam Pengakap!!

     Bagi menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak, seorang Pengakap tersebut perlu mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal.  Oleh itu,  seramai 57 orang murid dari 3 buah sekolah zon Serting telah menjalani satu Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting,  Bandar Seri Jempol pada 6 April 2017.

      Kesemua peserta telah diberikan penerangan mengenai skim latihan lencana Keahlian dan Berbasikal dan seterusnya menjalani ujian yang telah dikelolakan oleh Jurulatih,  Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan Daerah Jempol. Kesemua peserta berasa seronok kerana dapat melibatkan diri dalam ujian ini dan Seterusny dapat menjadi seorang ahli Pengakap Kanak-Kanak.

       Perkhemahan ini telah melibatkan tiga buah sekolah di dalam Zon Serting iaitu sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting,  Sekolah Kebangsaan Serting Felda dan Sekolah Kebangsaaan Raja Alias 3. Perkhemahan ini  telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Sulaiman bin Malik,  Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol.  Pada ucapan perasmian beliau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa perkhemahan, barisan jurulatih, barisan pemimpin dan penolong pemimpin sekolah dan beliau berhasrat agar usaha ini dapat diteruskan lagi pada skim yang seterusnya demi membantu kecemerlangan Budak budak PengakaP Daerah Jempol  di dalam bidang Kepengakapan dan bidang- bidang keilmuan yang mereka ceburi.  Tahniah dan syabas diucapkan!!




Pelaksanaan taklimat secara sekawan yang dibimbing oleh barisan Jurulatih dan Pemimpin Pengakap Kumpulan


Peserta menumpukan perhatian walupun hujan menemani mereka



 Bersiap sedia untuk diuji cara berbasikal

Ujian sedang berlangsung.  Peserta mengaplikasikan cara menunggang dengan betul dan selamat. 



Majlis Penutupan yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol,  Guru Besar SK Bandar Baru Serting,  Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penolong Kanan PPKI SK Bandar Baru Serting



Peserta menerima sijil Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal

Peserta mengambil gambar bersama Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol dan barisan Pemimpin setelah selesai ujian.

Tuan rumah,  Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting. 


No comments:

Post a Comment

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...