Sunday 8 July 2018

7,000 Pengakap sertai Korobori Peringkat Kebangsaan 2018

KUALA NERUS,
8 Julai (Bernama) --

Seramai 7,000 pengakap dari seluruh negara menghadiri Korobori Pengakap Kanak-kanak  Peringkat Kebangsaan 2018 di Kem Pengakap Sultan Muhammad Ismail selama lima hari bermula Jumaat lepas.

Ia bertujuan memupuk semangat kerjasama, perpaduan, jati diri, berdikari serta saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, warna kulit dan agama.

Menurut Pengerusi Majlis Pengakap Negeri Terengganu, Tan Sri Abdullah Taib, pihaknya amat berbesar hati kerana Terengganu diberi pengiktirafan untuk menjadi tuan rumah pada tahun ini.

"Diharapkan korobori ini dapat mengeratkan tali silaturrahim dan memupuk nilai moral yang murni kalangan ahli pengakap melalui aktiviti sepanjang program ini.

"Di Terengganu, pengakap ditubuhkan pada 1926 dan sepanjang tempoh itu banyak pencapaian dan program diatur bagi menggerakkan kesatuan ahli-ahlinya," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Korobori Pengakap Kanak-Kanak Peringkat Kebangsaan 2018 hari ini.

Yang Dipertuan Muda Terengganu, Sultan Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan merasmikan korobori tersebut dengan diiringi Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk A Rahman Yahya dan Mufti Terengganu, Dr Zulkifli Muda.

-- BERNAMA







Kontinjen N Sembilan

Sebahagian daripada pemimpin yang bertugas.

Kontinjen N Sembilan sempat  bergambar bersama 
Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Seri Paduka Dr. Haji Shafie bin Haji Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara

Yang Berbahagia En Hamdan bin Haji Mohd Nor, Ketua Pesuruhjaya Pengakap N Sembilan;  
menyampaikan cenderahati kepada tetamu

Peserta N9: Pertandingan Persembahan





Peserta Kontinjen N Sembilan ke Korobori Kebangsaan

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...