Monday 27 February 2017

Lencana PKK (Ahli Baharu) Tahun 3 / 4

Image result for lencana keris gangsa pengakap kanak-kanak
Lencana Keahlian

Lencana Wajib (Lencana Renang atau Lencana Berbasikal)

Lencana Renang

  1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)
  2. Menunjukkan cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori) ATAU
  3. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori)
  4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori)
  5. berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam pengakap kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang)
  6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float).  Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa.  Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama
  7. Mengetahui cara mengendalikan jaket keselamatan di air.
 1-pengenalan-peralatan-renang


Lencana Berbasikal

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

  1. Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal
  2. mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal
  3. menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal
  4. menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
  5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannhnya
  6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.
 1-undang-undang-jalanraya-berbasikal_7408.html
2-peraturan-berbasikal.html
3-bahagian-basikal.html
4-perkara-yang-menyebabkan-kemalangan.html
6-cara-membaiki-basikal.html
6-tips-berbasikal.html

Ujian Lenana Berbasikal


Lencana Keris Gangsa

Image result for Lencana keris gangsa
Lencana Keris Gangsa





Kategori Lencana Kegemaran (Pilih 2)


Ahli Koleksi Hobi

Memungut, dan mengumpul benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengna kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.

Contoh hobi yang boleh dijalankan (cadangan):

  1. Mengumpul Setem
  2. Mengambil gambar berbagai tumbuhan, bunga, haiwan, sejarah, sukan, pembangunan, buah-buahan dan lain-lain.
  3. Mengumpul sampul surat keluaran khas
  4. Mengumpul pelbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan
  5. Mengumpul pelbagai jenis batu batan
  6. Mengumpul pelbagai bentuk botol dan penutup botol
  7. Menyimpan pelbagai mata wang asing samada kertas atau syiling
  8. Mengumpul kotak mancis pelbagai logo
  9. Mengumpul rantai kunci (keychain)
  10. Mengumpul lencana-lencana Pengakap seperti lencana jambori, korobori dan sebagainya

Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi

Ahli Kraftangan

Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan):

  1.  Membuat asas anyaman tradisional
  2. Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian)
  3. Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun)
  4. Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain
  5. Membuat origami
  6. Membuat topeng (topeng watak-watak cerita hutan)

Ahli Peladang Kecil


  1. Menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas
  2. Menyediakan  batas untuk sayuran dan membaja semasa penyediaan batas
  3. Menjaga tanaman sayuran / keratan batang / raizom di batas dan membaja
  4. Membuat junjung bagi pokok sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang
  5. Menjaga pokok buah-buahan dan mengetahui serba sedikit tentang baja dan racun
  6. Menanam pokok-pokok ubi seperti keledek
  7. Memelihara 10 ekor anak ayam
  8. Mendengar ceramah daripada pegawai pertanian berkenaan isu-isu pertanian.

Pelukis

  1. Melukis dengan apa-apa bahan lukis SATU watak dari buku "Cerita Hutan" karangan Rudyard Kipling.
  2. Melukis pelangi dan menamakan warnanya.
  3. Mengetahui warna Perdana, warna Sekunder dan Roda Warna.
  4. Mengadun untuk mendapatkan pelbagai warna.
  5. Melukis satu gambaran peristiwa atau satu watak dalam sebuah cerpen yang dibacakan pemimpin.
  6. Membuat kad ucap selamat untuk salah satu perayaan di Malaysia.
  7. Membuat kolaj.

Pembaca Buku

  1. Menyedia daftar lapan buah buku yang dibaca.
  2. Boleh membaca menepati tanda baca dan tekanan suara yang betul.
  3. Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan.
  4. Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya.
  5. Menghurai petikan, peribahasa dan kata-kata.
  6. Membuat penilaian bertulis mengenai buku sastera kanak-kanak.
  7. Boleh menggunakan kamus dan ensaiklopedia.
  8. Menjadi perpustakawan sekolah/tempatan.


Penghibur


  1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik dari enam jenis muzik (Lagu Asli/Lagu Patriotik/Lagu Asli/Lagu Tradisi Masyarakat/Lagu Tarian Asli atau Joget Malaysia/Lagu Pengakap/Lagu Kanak-kanak)
  2. Boleh menyanyi dua buah lagu dengan iringan muzik, sebuah lagu Patriotik dan satu lagi lagu Pengakap.
  3. Mengajar dua buah lagu dan dua buah tarian untuk Malam Pengakap Kanak-kanak.
  4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional.
  5. Tahu menggunakan alat perakam.
  6. Boleh memainkan dua jenis alat muzik

Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak (PKK)

LENCANA KEAHLIAN (Tahun 3 / 4)

1.       Lambang Pengakap Malaysia dan Dunia
       Persetiaan dan undang-undang Pengakap
2.       Rukun Negara
3.       Tabik, hormat,dan cogan kata Pengakap
4.       Permulaan Pergerakan Pengakap
d    Cerita hutan
5.       Laung agung

LENCANA KEPANDAIAN
(Lencana Wajib – pilih satu)

(a)    Lencana Ahli Renang

1.       Peraturan  keselamatan di air
2.       Keselamatan diri dan cara-cara berenang
3.       Cara menjunam / terjun / meluncur /gerak tangan
5.       Berenang berpakaian  seragam sejauh 20 meter
6.       Berenang menyeberang dengan cara telangkup
       cara menendalikan jaket keselamatan di air

(b)   Lencana Ahli Penunggang Basikal

1.       Undang-undang jalan raya
2.       Peraturan basikal
3.       Isyarat tangan semasa berbasikal
4.       Kemalangan semasa berbasikal
5.       Membaiki kerosakan dan menjaga basikal
LENCANA KEMAJUAN

KERIS GANGSA (Tahun 3 / 4)

(a)    Kesetiaan
1.       Menyanyi lagu Negaraku
2.       Mengenal bendera Malaysia dan bendera negeri
3.       Lambang dan Cogan Kata Pengakap
4.       Pengertia Rukun Negara
5.       Ketua Negara dan ketua negeri
6.       Persetiaan dan undang-undang Pengakap
7.       Hormat, isyarat dan salam Pengakap
8.       Mengenal nama penuh pemimpin Pengakap dan lain-lain
9.       Sejarah perkembangan kumpulan di sekolah
10.   Mengetahui tempat ibadat
11.   Nilai-nilai beribadat

(b)   Kesihatan dan Keselamatan
1.       Kesihatan dan kebersihan badan
2.       Kebersihan tandas, pembuangan sampah dan sumber minuman
3.       Memakai kasut dan selipar
4.       Bahaya pil dan gula-gula
5.       Penyakit kulit
6.       Bahaya benda tajam
7.       Bahaya bahan letupan
8.       Bantuan orang dewasa
9.       Peraturan pejalan kaki
10.   Keselamatan jalan raya
11.   Peti pertolongan cemas

(c)    Kecekapan
1.       Asas perbarisan
2.       Permainan berpasukan
3.       Mengekalkan kesegaran fizikal
4.       Menggunakan pisau kecil
5.       Perhubungan awam
6.       Pakaian seragam Pengakap
7.       Isyarat Pengakap
8.       Simpul buku sila

(d)   Penyertaan
1.       Perkumuhan manusia, haiwan dan tumbuhan
2.       Memelihara binatang/haiwan
3.       Membaca buku pemeliharaan haiwan
4.       Pusat sumber
5.       Membuat barang permainan
6.       Persembahan di sekolah
7.       Lakonan bisu
8.       Muzium mini di rumah
9.       Membuka akaun simpanan wang

(e)   Perkhidmatan
1.       Membantu ibu bapa di ruumah
2.       Lawatan
3.       Melaporkan satu peristiwa
4.       Perlaksanaan undang-undang sekolah
5.       Khidmat kemasyarakatan
6.       Buku Log Mingguan

Ujian Lencana Keris Gangsa
Sumber rujukan  http://pengakaptampin.blogspot.my/2016/11/koleksi-rekod-ujian-lencana-pengakap.html


Lencana Kegemaran

(Dapatkan dua daripada kategori ini)
1.       Ahli koleksi hobi
2.       Ahli kraftangan
3.       Peladang kecil
4.       Pelukis
5.       Pembaca buku
6.       Penghibur

KERIS PERAK (Tahun 5)

(a)    Kesetiaan
1.       Menyanyi lagu kebangsaan dan lagu kebesaran negeri
2.       Mengetahui maksud lambang pada bendera
3.       Melukis lambang Pengakap
4.       Nama pembesar-pembesar Negara
5.       Persetiaan dan undang-undang Pengakap
6.       Pesuruhjaya Pengakap Daerah
7.       Sejarah Pengakap
8.       Rukun-rukun sembahyang

(b)   Kesihatan dan Keselamatan
1.       Kebersihan fizikal dan mental
2.       Sebab-sebab kulit melecur
3.       Senaman
4.       Pernafasan tradisi Pengakap
5.       Merawat hidung berdarah
6.       Merawat penyakit kulit
7.       Merawat luka dan melecur
8.       Bahaya alat elektrik
9.       Bahaya ubat tanpa nasihat doctor
10.   Kegunaan peti pertolongan cemas

(c)    Kecekapan
1.       Latihan asas perbarisan
2.       Asas ikatan dan simpulan
3.       Menaikkan bendera
4.       Permainan berpasukan
5.       Panjat tali atau sejarah keluarga
6.       Berenang atau berbasikal

(d)   Penyertaan
1.       Haiwan terbang dan haiwan daratan
2.       Pembinaan makanan oleh tumbuhan
3.       Kebersihan makanan
4.       Sains computer atau ucapan halo
5.       Penggunaan telefon
6.       Wang simpanan
7.       Tarian atau nasyid

(e)   Perkhidmatan
1.       Pakaian lama/terpakai
2.       Alat perhubungan
3.       Syarahan
4.       Doa
5.       Akaun perbelanjaan
6.       Bantuan dalam air

Lencana Pengetahuan

(Dapatkan dua daripada kategori ini)
1.       Ahli olahraga
2.       Ahli pasukan permainan
3.       Ahli sains
4.       Pencinta alam semula jadi
5.       Pembaca peta
6.       Pengembara
7.       Pemeliharaan alam sekitar

Lencana Perkhidmatan

(Dapatkan dua daripada kategori ini)
1.       Pekerja am
2.       Pengurus rumah
3.       Penyelamat nyawa
4.       Ahli pertolongan cemas

KERIS EMAS (Tahun 6)

(a)    Kesetiaan
1.       Menyanyikan lagu patriotik
2.       Lambang negara dan negeri
3.       Orang kenamaan daerah dan kampung
4.       Pegawai Pengakap
5.       Mengamalkan rukun-rukun agama
6.       Menyertai sambutan hari keputeraan
7.       Sambutan perayaan lain

(b)   Kesihatan dan Keselamatan
1.       Peraturan hidup sihat
2.       Penyakit selsema
3.       Pertolongan cemas dan bantuan kecemasan
4.       Kandungan peti pertolongan cemas dan jenis-jenis pembalut
5.       Mengikat anduh
6.       Keselamatan di air
7.       Cara-cara berenang
8.       Mengumpul maklumat media

(c)    Kecekapan
1.       Asas perbarisan
2.       Memasang, menarik, mengibar, menurun dan melipat bendera
3.       Asas permainan pasukan
4.       Asas seni mempertahankan diri
5.       Mengekalkan kesegaran fizikal
6.       Latihan ala komando
7.       Ikatan dan simpulan
8.       Mendirikan dan menurunkan khemah

(d)   Penyertaan
1.       Mengetahui hidupan di air
2.       Sifat tumbuh-tumbuhan
3.       Membuat kerja tangan
4.       Kesejahteraan alam sekitar
5.       Menyanyi
6.       Berlakon
7.       Tarian kebudayaan

(e)   Perkhidmatan
1.       Khidmat masyarakat
2.       Membantu ekspedisi
3.       Membantu rakan sebaya
4.       Membantu pemimpin
5.       Membuat model
6.       Mengurus malam pengakap
7.       Menyambung perkhidmatan Lencana Gangsa dan Emas


Pertanyaan atau bantuan teknikal
sila hubungi Setiausaha Program
En Fuarudin, SK St Aidan (016-4447452)




Visi dan Misi

VISI
  • Melahirkan ahli-ahli Pengakap yang berketrampilan, berdaya saing serta memiliki ciri-ciri disiplin yang boleh dicontohi oleh generasi akan datang.
  • Menanamkan semangat setiakawan yang tulen di kalangan ahli dan pemimpin pengakap Daerah Jempol
  • Melahirkan ahli Pengakap yang lengkap dengan ilmu kepengakapan sedunia dan mampu berdikari walau di mana jua berada.
  • Menyediakan ahli-ahli Pengakap yang memiliki sahsiah yang tinggi khususnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
  • Melahirkan generasi ahli-ahli Pengakap yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI
  • Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berteraskan motivasi diri dan menerapkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan keyakinan ahli berhadapan dengan masa depan.
  • Menjalankan program bersepadu dalam daerah dan bahagian bagi menggalakkan ahli-ahli menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, kedudukan dan agama.
  • Menjalankan program-program pendidikan luar yang berteraskan kemahiran pengakap sesuai dengan suasana pesekitaran aktiviti.
  • Menjalankan program keilmuan agama dan kerohanian dan tujuan mendidik dan membentuk kendiri ahli-ahli Pengakap yang boleh dicontohi oleh generasi mendatang.
  • Melaksanakan program-program kemasyarakatan melibatkan ahli-ahli Pengakap sekaligus memberi peluang kepada masyarakat setempat mengenali dengan lebih dekat pergerakan pengakap dari semasa ke semasa.

Pendaftaran Pengakap

Pengumuman kepada semua pemimpin,


Untuk memastikan pendaftaran Ahli Pengakap bagi tahun 2017.


Sila berhubung dengan Jawatankuasa Pendaftaran Kumpulan Pengakap Daerah Jempol 

Puan Noraida, SMK Batu Kikir (Model Khas) 012-3715642

Cik Norhazniza, SMK Palong 2 (019-6902162)

Borang pendaftaran boleh dimuat turun dari blog 

http://ppmn9.blogspot.my/




Sekian
( Setiausaha)
 

Undang-Undang Pengakap

Image result for persetiaan pengakap

Persetiaan Pengakap

Image result for persetiaan pengakap

Logo Pengakap Dunia

Image result for logo pengakap Malaysia

Logo Pengakap Malaysia

Image result for logo pengakap Malaysia

Salam Pengakap

Salam Pengakap

Salam Sejahtera kepada pembaca budiman.

Diharapkan dapat membantu rakan-rakan pemimpin pengakap serta pengakap2 untuk kita sama-sama menjayakan dalam aktiviti kepengakapan

Selamat maju jaya.

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...