Wednesday 19 April 2017

6TH ROMANIA SCOUTS JAMBOREE 2017 - ROJAM2017

Sumber
http://ppmn9.blogspot.my/

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Romania Scouts Association telah memanjangkan jemputan menyertai 6th Romania Scouts Jamboree - ROJAM 2017 pada 4 hingga 15 August 2017 bertempat di Christian, Jud Brasov, Romania.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

KURSUS KOORDINATOR MESSENGERS OF PEACE (MoP) PERINGKAT KEBANGSAAN ZON TENGAH 2017

sumber
http://ppmn9.blogspot.my/

Jawatankuasa Messengers of Peace (MoP), Persekutuan Pengakap Malaysia akan menganjurkan kursus seperti di atas.  Kursus ini bertujuan untuk menggalakkan lebih ramai ahli pengakap terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan dan kemasyarakatan dalam memperkasakan pengakap. Kursus akan dijalankan secara sepenuh masa seperti ketetapan berikut:

Tarikh
19 - 21 Mei 2017

Lapor Diri
19 Mei 2017

Tempat
Institut Pendidikan Guru Kampus Teknik
Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan

Bayaran
RM150.00


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Adha Fikris bin Mokhtar
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri - ICT/Bencana/MoP
merangkap Koordinator MoP Negeri Sembilan

Tel: 019-3425649



SEKALUNG TAHNIAH KEPADA PESERTA DARIPADA DAERAH JEMPOL

1. KHALIL HUSYAIRI, 
SK PALONG 14

2. MOHD IRWAN, 
SK BANDAR BARU SERTING

KURSUS SCOUT OF THE WORLD AWARD DISCOVERY ZON TENGAH 2017

sumber
http://ppmn9.blogspot.my/

Dengan segala hormat dan sukacitanya, Jawatankuasa Messengers of Peace, Persekutuan Pengakap Malaysia dengan kerjasama Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan menganjurkan kursus Scout of the World Award Discovery (SWA) Zon Tengah tahun 2017.

Untuk makluman kursus ini bertujuan untuk mengalakkan lebih ramai ahli pengakap terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan dan kemasyarakatan dalam kumpulan pengakap masing-masing. Melalui kursus ini, setiap peserta akan mendapat passport SWA dan penerangan tentang pelaksanaan program SWA sehingga berjaya mendapatkan anugerah berkenaan.

Kursus ini akan dijalankan secara sepenuh masa dan hanya mereka yang memenuhi syarat yang ditetapkan sepanjang kursus akan dianugerahkan Sijil SWA Discovery. Butiran kursus adalah seperti berikut:

Tarikh kursus
5 hingga 7 Mei 2017

Lapor Diri
5 Mei 2017 jam 2.30 petang (Jumaat)

Lokasi kursus
Dewan Masyarakat, Taman Melawati Jaya,
Kuala Selangor

Bayaran kursus
RM 130.00 sahaja

Syarat penyertaan
Berumur 16 hingga 24 tahun

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn Abdul Rahim bin Pendek
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)

Tel : +60 19-221 3347

BASIC AMATEUR'S RADIO COURSE FOR SCOUTS (BARACS)

Sumber
http://ppmn9.blogspot.my/


Sukacitanya dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama Malaysia Amateur's Radio Transmit Society (MARTS) akan menganjurkan Basic Amateur's Radio Course for Scouts (BARACS) seperti ketetapan berikut :-


Tarikh

12 hingga 14 Mei 2017 (Jumaat-Ahad)


Tempat Mutiara Semenyih Training Village and Eco Resort


PenyertaanAhli Pengakap Kelana dan Pemimpin


Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi


Tuan Khairul Nizam B Jamalludin
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Unit Komunikasi Dan Jota Joti)

Tel : 013-6111047

BENGKEL UNTUK MENGGUBAL SKIM LENCANA/LATIHAN ATAU KURIKULUM UNIT PENGAKAP LEBAH (BEE SCOUT) PERINGKAT KEBANGSAAN 1/2017

Sumber
http://ppmn9.blogspot.my/



Sukacitanya dimaklumkan Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui Jawatankuasa Program Negara akan menganjurkan Bengkel untuk Menggubal Skim Lencana/Latihan atau Kurikulum Unit Pengakap Lebah (Bee Scout) peringkat Kebangsaan 1/2017 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh
5, 6 dan 7 Mei 2017 (Jumaat- Ahad)

Masa melapor diri
3.00 petang - 5.30 petang (Jumaat)

Tamat Bengkel
2.00 petang (Ahad)

Tempat
Dewan Templer, Ibu Pejabat
Persekutuan Pengakap Malaysia
Jalan Hang ebat, 50150 Kuala Lumpur.

Maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn Abdul Rahim bin Pendek
Pen. Ketua Pesuruhjaya Negeri (Pengerusi Program)
Tel : +60 19-221 3347

Wednesday 12 April 2017

TAKLIMAT PENYELARASAN PENARAFAN ANUGERAH KETUA PESURUHJAYA PENGAKAP NEGERI (PKK)

Salam Pengakap dan Salam Kejayaan!!

Taklimat Penyelarasan Penarafan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri (PKK) 2017.

Tarikh : 13 April 2017
Hari :    Khamis
Masa :   2.30 pm - 5.00 p.m
Tempat : Dewan SK (F) Serting @ SK Serting Felda


Aktiviti
1. Taklimat Anugerah Rambu PKK
2. Penilaian/Penyediaan Buku Log
3. Pemeriksaan/Penyediaan  Sijil Lencana
4. Pemeriksaan dokumen spt salinan kad pengenalan dan kad keahlian pengakap.

Sekolah yang terlibat di dalam taklimat tersebut ialah:
1.  SK Bandar Baru Serting
2.  SK Palong 9 (Felda)
3.  SK Serting Ilir
4.  SK Ayer Hitam
5.  SK Serting Hilir 2 (Felda)
6.  SK Palong 2 (Felda)
7.  SK Jempol
8.  SMK Batu Kikir (Model Khas)
9.  SK Palong 8 (Felda)
10.  SK Sungai Lui (Felda)
11.  SK Pulapah
12.  SK Palong 12 (Felda)
13.  SK Palong 4 (Felda)
14   SJKT Ladang Sialang
15.  SK St Aidan
16.  SK Serting (Felda)

Semua Sekolah Rendah Daerah Jempol yang mempunyai Ahli Pengakap Lencana Keris Emas


Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Penyelaras Penarafan Anugerah Ketua Pesurujaya Pengakap Negeri, Pen.  Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol  iaitu Tuan Amirul Ashraf bin Mohamad di talian 0138787365.







Monday 10 April 2017

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT SATU 2017

http://ppmn9.blogspot.my/ 

Sumber rujukan


Sukacita dimaklumkan, Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan akan menganjurkan Kursus Manikayu Peringkat 1 bagi peserta yang terlibat dari tahun 2016 dan 2017, seperti ketetapan di bawah:

Tarikh: 20 - 22 April 2017
Hari: Khamis - Sabtu
Daftar: 2.00 - 4.00 ptg (20 April)
Tempat: Kem Pengakap Negeri Sembilan, Bukit Putus

Surat kebenaran JPNS dan senarai peserta boleh didapati di bahagian Siaran.  Maklumat lanjut, sila hubungi

Tuan Shafizan bin Shahriman
Setiausaha Latihan PPMNS
012-2043522 (melalui pm, Whatsapp, Telegram atau sms sahaja)




Thursday 6 April 2017

DOKUMENTASI PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA BERBASIKAL PENGAKAP KANAK KANAK ZON SERTING TAHUN 2017

Salam Pengakap!!

     Bagi menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak, seorang Pengakap tersebut perlu mendapatkan Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal.  Oleh itu,  seramai 57 orang murid dari 3 buah sekolah zon Serting telah menjalani satu Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal yang telah berlangsung di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting,  Bandar Seri Jempol pada 6 April 2017.

      Kesemua peserta telah diberikan penerangan mengenai skim latihan lencana Keahlian dan Berbasikal dan seterusnya menjalani ujian yang telah dikelolakan oleh Jurulatih,  Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan Daerah Jempol. Kesemua peserta berasa seronok kerana dapat melibatkan diri dalam ujian ini dan Seterusny dapat menjadi seorang ahli Pengakap Kanak-Kanak.

       Perkhemahan ini telah melibatkan tiga buah sekolah di dalam Zon Serting iaitu sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting,  Sekolah Kebangsaan Serting Felda dan Sekolah Kebangsaaan Raja Alias 3. Perkhemahan ini  telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Sulaiman bin Malik,  Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol.  Pada ucapan perasmian beliau. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa perkhemahan, barisan jurulatih, barisan pemimpin dan penolong pemimpin sekolah dan beliau berhasrat agar usaha ini dapat diteruskan lagi pada skim yang seterusnya demi membantu kecemerlangan Budak budak PengakaP Daerah Jempol  di dalam bidang Kepengakapan dan bidang- bidang keilmuan yang mereka ceburi.  Tahniah dan syabas diucapkan!!




Pelaksanaan taklimat secara sekawan yang dibimbing oleh barisan Jurulatih dan Pemimpin Pengakap Kumpulan


Peserta menumpukan perhatian walupun hujan menemani mereka



 Bersiap sedia untuk diuji cara berbasikal

Ujian sedang berlangsung.  Peserta mengaplikasikan cara menunggang dengan betul dan selamat. 



Majlis Penutupan yang dihadiri oleh Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol,  Guru Besar SK Bandar Baru Serting,  Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan Guru Penolong Kanan PPKI SK Bandar Baru Serting



Peserta menerima sijil Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal

Peserta mengambil gambar bersama Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol dan barisan Pemimpin setelah selesai ujian.

Tuan rumah,  Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting. 


Wednesday 5 April 2017

GAMBAR PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA BERBASIKAL PENGAKAP KANAK-KANAK ZON PALONG TAHUN 2017

Salam Pengakap!  Salam Pengakap Jempol Unggul di Mercu!!

     Pada 4 April 2017, telah berlangsungnya Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal Pengakap Kanak-Kanak Zon Palong bertempat di sekolah Kebangsaan Palong 12 ( F)  yang melibatkan seramai 105 ahli Pengakap Kanak-Kanak. Penglibatan ahli Pengakap ini melibatkan 10 buah Kumpulan Pengakap Kanak- Kanak sekolah - sekolah rendah sekitar Palong. Perkhemahan ini telah dijayakan bersama-sama 24 orang barisan Pemimpin dan Penolong Pemimpin Kumpulan Pengakap Zon Palong bersama 10 orang jurulatih Pengakap Daerah Jempol.

     Berikut merupakan rakaman gambar aktiviti yang berlangsung:

Takimat dari Ketua Kursus, Tuan Noor Aiman bin Mohd Nor







Barisan Pemimpin melaksanakan aktiviti dan pengujian













     

GAMBAR PROGRAM UJIAN KEMBARA PENGAKAP, PENGAKAP DAERAH JEMPOL TAHUN 2017

Salam Pengakap!!  Salam Pengakap Jempol Unggul Di Mercu! 


      Pada 31 Mac 2017 yang lepas,  seramai 149 orang Ahli Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Muda Daerah Jempol telah berjaya menamatkan Program Ujian Kembara Pengakap.  Di dalam program tersebut,  semua ahli Pengakap telah melaksanakan beberapa aktiviti di sekitar Bandar Baru Serting.  Program ini telah dijayakan bersama 20 orang jurulatih, barisan Pemimpin dan Penolong Pemimpin dari Kumpulan Pengakap Daerah Jempol serta Pengakap Raja Daerah Jempol. Tuan Sulaiman bin Malik,  Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol telah merasmikan pelepasan peserta untuk memulakan pengembaraan.

     Berikut merupakan rakaman gambar sepanjang program tersebut:

Peserta menyiapkan tugasan bersama sekawan dan patrol


Bergerak di dalam patrol dan sekawang yang dibentuk. 


Keseronokkan bersama sekawan dan patrol. 

Melaksanakan nyanyian dan tepuk pengakap di salah sebuah sekolah rendah di Felda Raja Alias. 


Wajah ceria dan seronok sepanjang kembara di laksanakan. 





Salah seorang peserta mencuba memakai salah satu kelengkapan uniform anggota Bomba dan Penyelamat. 



Program di Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Jempol.  




   Tahniah diucapkan kepada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol Jelebu, Barisan Ketua Pesurujaya Pengakap Negeri, Barisan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol, Barisan Jurulatih, Barisan Pemimpin dan Penolong Pemimpin sekolah Daerah Jempol,  Jawatankuasa Pelaksana Program Ujian Kembara Pengakap, Pengetua dan Guru Besar Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Daerah Jempol, guru guru pengiring,  ibu bapa dan sesiapa sahaja yang terlibat secara langusung atau tidak langsung yang telah bersama membantu menjayakan program ini.  Semoga terus cemerlang setiap masa dan saat.  Salam Pengakap!! 

Tuesday 4 April 2017

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA BERBASIKAL ZON SERTING TAHUN 2017

SALAM PENGAKAP!!

     Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian dan Lencana Berbasikal Pengakap Kanak-Kanak Zon Serting akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh:  6 April 2017
Masa : 2. 00 ptg  - 5.30 ptg
Tempat: Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting ( F )

Sekolah-sekolah yang terlibat ialah:
1. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting ( F )
2. Sekolah Kebangsaan Serting Felda
3. Sekolah Kebangsaan Raja Alias 3 ( F )




Modul Lencana Keahlian PKK

Modul Lencana (Wajib) Berbasikal PKK



INTERNATIONAL CAMP - " WONDERLAND AZERBAIJAN 2017"

INTERNATIONAL CAMP - " WONDERLAND AZERBAIJAN 2017"


http://ppmn9.blogspot.my/


Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Association of Scouts of Azerbaijan telah memanjangkan jemputan untuk menyertai Interational Camp - "Wonderland Azerbaijan 2017" pada 1 hingga 9 Julai 2017 bertempat di Gabala District of the Republic of Azerbaijan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri 
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727

PALINDANUWARA FRIENDSHIP INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE, MUTUGAMA SRI LANKA

PALINDANUWARA FRIENDSHIP INTERNATIONAL SCOUT JAMBOREE, MUTUGAMA SRI LANKA

FRIDAY, MARCH 31, 2017


http://ppmn9.blogspot.my/

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Sri Lanka Scout Association dengan kerjasama Kalutara District Association telah memanjangkan jemputan menyertai Palindanuwara Friendship lntemational Scout Jamboree pada 2 hingga 9 Ogos 2017 bertempat di Baduraliya School, Matugama Sri Lanka.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi 

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri 
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)

Tel : 018-2789727

11th GERAKAN PRAMUKA NATIONAL ROVER MOOT

11th GERAKAN PRAMUKA NATIONAL ROVER MOOT

FRIDAY, MARCH 31, 2017

http://ppmn9.blogspot.my/

Dengan segala hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa Gerakan Pramuka Kwartir Nasional lndonesia telah memanjangkan jemputan menyertai 11th Gerakan Pramuka National Rover Moot pada 13 hingga 21 Ogos 2017 bertempat di Cibubur Scout Camp Site, Jakarta, lndonesia.

 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi

Tn. Amir Fuad bin Mohd Dom
Timb. Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri
(Pentadbiran & Hubungan Antarabangsa)
Tel : 018-2789727

KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEENAM 2017

KEM PENDIDIKAN MARIN PENGAKAP LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KEENAM 2017

http://ppmn9.blogspot.my/



Dengan segala hormat dan sukacitanya, dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) melalui Sekretariat Pengakap Laut Kebangsaan dengan kerjasama Jabatan Taman Laut Malaysia akan menganjurkan secara bersama Kem Pendidikan Marin Pengakap Laut Peringkat Kebangsaan Kali Keenam 2017 seperti ketetapan berikut :-

Tarikh27 hingga 30 April 2017 (Khamis hingga Ahad)


TempatPusat Taman Laut Pulau Tioman, Rompin, Pahang


Yuran penyertaan
Peserta - RM 100.00 (termasuk makanan, kit dan feri)
Pemimpin - RM 60.00 (termasuk makanan, kit dan feri) 

Tempat berkumpul
Jeti Tanjung Gemok, Kuala Rompin, Pahang 

Masa berkumpul
Jam 1.00 petang (Khamis, 27 April 2017)

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian Siaran atau hubungi
En. Mohd Amirul Asyraf bin Mohd
Pegawai Teknikal Pengakap Laut PPMNS
Tel : 013-8787365

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...