Wednesday 8 March 2017

Pengakap Muda (Tingkatan 1 hingga 3)

Image result for logo pengakap malaysia



UNIT PENGAKAP MUDA adalah salah satu daripada beberapa unit dalam persaudaraan Pengakap yang lain iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, dan Pengakap Kelana. Unit ini ialah bagi remaja yang berumur dari 12 hingga 15 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Muda telah dinyatakan di dalam Perkara 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
244.       
1.            Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.
2.            Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia samapi ke peringkat ini dalam kepengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umurnya yang telah meningkat itu.
3.            Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila sampai umur 16 tahun.

Seseorang remaja itu boleh manjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-Kanak ATAU sebagai seorang ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan telah mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu.

Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam Pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya.

Unit ini dibahagikan kepada beberapa patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang Ketua Kumpulan Pengakap Muda dan  dibimbing oleh seorang lelaki atau wanita dewasa yang dipanggil Pemimpin Pengakap Muda.

Cogan Kata bagi unit Pengakap Muda ialah SELALU BERSEDIA.



Image result for cogankata pengakapTatacara Pemakaian Uniform Pengakap Muda

Lengan Baju Sebelah Kanan

Lengan Baju Sebelah Kiri

Image result for cogankata pengakapTatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Lelaki)

Image result for uniform pengakap perempuanTatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Perempuan)

Image result for uniform pengakap perempuanTanda / Lencana Pangkat Pengakap


Image result for cogankata pengakapTanda / Lencana Patrol Pengakap (Warna - PKK, Nama Burung - PM, Nama Pahlawan - PR)

Sumber rujukan
1.  http://pengakap-muda.blogspot.my/



          Panduan Skim Lencana Pengakap Muda

              SASARAN SKIM LENCANA PENGAKAP MUDA


Tingkatan 1

             MODUL LENCANA KEAHLIAN PM

                   MODUL LENCANA USAHA


              MODUL LENCANA KEGEMARAN

                  MODUL LENCANA JURUMASAK DI KHEMAH

                       MODUL LENCANA AHLI SUKAN

                           REKOD UJIAN LENCANA USAHA


Tingkatan 2

                      SASARAN SKIM LATIHAN LENCANA PM

                          MODUL LENCANA MAJU

      MODUL LENCANA PENGETAHUAN (PILIH 3 SAHAJA)

     MODUL LENCANA PERKHIDMATAN (PILIH 3 SAHAJA)

                          REKOD UJIAN LENCANA MAJU


Tingkatan 3


                            REKOD UJIAN LENCANA JAYA

                                MODUL LENCANA JAYA


No comments:

Post a Comment

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...