Wednesday 15 March 2017

Pengakap Kelana

Pengakap Kelana


Pengakap Kelana ialah pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang bersefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang di panggil Krew Pengakap Kelana.


Program Krew Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.


Menyertai Krew Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.


Program Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:
1. Perkhidmatan (Service)
2. Sosial (Social)
3. Cabaran luar (Outdoor Adventures)
4. Aktiviti Mental (Mental Challenge)
5. Pembinaan Semangat (Spiritual Development)


Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli krew. Pengurusan dalaman Krew Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli kelana yang menguruskan hubungan antara krew dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Kelana.

                     Modul Pengenalan Pengakap Kelana

                    Modul Lencana Keahlian P Kelana

                    Modul Anugerah BP



Lencana Wajib Pengakap Kelana

                  Modul Lencana Kemahiran

                 Modul Lencana Perkhidmatan

                Modul Lencana Pengembaraan



Lencana Pilihan (Pilih Satu Sahaja)
                  

              1. Modul Lencana Aktiviti Ekstrem

             2. Modul Lencana ICT

            3. Modul Lencana Kepimpinan

           4. Modul Lencana Keusahawanan

           5. Modul Lencana Penyelamat Nyawa


No comments:

Post a Comment

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...