Wednesday, 29 March 2017

PROGRAM UJIAN KEMBARA PENGAKAP PENGAKAP DAERAH JEMPOL TAHUN 2017


SALAM PENGAKAP!!


Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Jempol akan mengadakan PROGRAM UJIAN KEMBARA PENGAKAP TAHUN 2017. 


Program ini akan melibatkan semua ahli Pengakap di sekolah rendah dan sekolah menengah di dalam Daerah Jempol. 




Tuesday, 28 March 2017

PERKHEMAHAN UJIAN LENCANA KEAHLIAN DAN LENCANA BERBASIKAL ZON PALONG TAHUN 2017


Makluman kepada guru-guru Pengakap Sekolah Rendah,

1. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 1
2. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 2
3. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 3
4. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 4
5. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 5
6. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 7
7. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 8
8. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 9
9. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 12
10. SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 14


Bahan Taklimat Penyelarasan

Slide Presentation Lencana Berbasikal

Kertas Kerja Ujian Lencana 

Banner Program

Modul Lencana Keahlian

Modul Lencana Berbasikal



Friday, 17 March 2017

UJIAN LENCANA KEMBARA PENGAKAP REMAJA DAN KELANA 2017

Untuk Hebahan Pemimpin & Kumpulan Pengakap Sekolah Menengah Daerah Jempol





Pasukan Latihan Negeri dan Lembaga Pentaraf Pengakap Raja, PPM Negeri Sembilan akan menganjurkan Ujian Lencana Kembara Pengakap Remaja dan Kelana 2017 seperti ketetapan di bawah:

Tarikh : 7 - 9 April 2017
Tempat : Maktab Rendah Sains MARA, Kuala Klawang
Masa : 2.00 - 2.30 ptg (7 April)
Bayaran : RM30 (yuran kursus sahaja)

Borang, syarat dan arahan boleh didapati di bahagian Siaran.  Maklumat lanjut, sila hubungi

En. Khairul Nizam bin Jamalludin
Pemangku SU Program PPMNS
013-6111047

Wednesday, 15 March 2017

Pengakap Kelana

Pengakap Kelana


Pengakap Kelana ialah pengakap bahagian dewasa di bawah Persekutuan Pengakap Malaysia, terbuka kepada belia yang berusia di antara 17 ½ tahun hingga 25 tahun. Pengakap Kelana memberikan keseronokan, mewujudkan persahabatan dan menawarkan aktiviti yang menarik kepada semua belia yang menyertainya. Aktiviti-aktiviti Kelana dijalankan bersama ahli-ahli yang bersefahaman dan aktif di dalam satu kumpulan yang di panggil Krew Pengakap Kelana.


Program Krew Kelana menawarkan aktiviti dan keseronokan di serata dunia dari segi fizikal dan cabaran mental, memberi peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat luar serta menyediakan peluang untuk melancong dalam Malaysia dan juga ke luar Negara. Ahli-ahli Krew Kelana akan diberi tugas untuk menguruskan krew sendiri dan memastikan program Latihan Pengakap Kelana dilaksanakan.


Menyertai Krew Kelana adalah salah satu langkah bijak dan berfaedah dalam hidup. Ia membuka pintu kepada persahabatan baru, memberikan keseronokan, cabaran dan pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.


Program Kelana adalah berasaskan kepada beberapa aktiviti utama seperti berikut:
1. Perkhidmatan (Service)
2. Sosial (Social)
3. Cabaran luar (Outdoor Adventures)
4. Aktiviti Mental (Mental Challenge)
5. Pembinaan Semangat (Spiritual Development)


Krew Pengakap Kelana boleh mengadakan program sendiri yang boleh dipelbagaikan mengikut minat dan idea ahli-ahli krew. Pengurusan dalaman Krew Kelana adalah terletak di tangan ahli-ahli krew. Pelantikan pihak krew atasan adalah di bawah pemilihan ahli kelana yang menguruskan hubungan antara krew dengan bantuan dan bimbingan daripada Penasihat Kelana.

                     Modul Pengenalan Pengakap Kelana

                    Modul Lencana Keahlian P Kelana

                    Modul Anugerah BP



Lencana Wajib Pengakap Kelana

                  Modul Lencana Kemahiran

                 Modul Lencana Perkhidmatan

                Modul Lencana Pengembaraan



Lencana Pilihan (Pilih Satu Sahaja)
                  

              1. Modul Lencana Aktiviti Ekstrem

             2. Modul Lencana ICT

            3. Modul Lencana Kepimpinan

           4. Modul Lencana Keusahawanan

           5. Modul Lencana Penyelamat Nyawa


Tuesday, 14 March 2017

Pengakap Kanak-kanak

Skim Latihan PKK
IMG_0001


Tahun 3 / 4


Modul Lencana Keahlian

                      Modul Lencana Wajib (Berbasikal)

                      Modul Lencana Keris Gangsa

 

Lencana Kepandaian (Kategori Kegemaran) (Pilih 2 Sahaja)      

                  Modul Lencana Koleksi Hobi

                 Modul Lencana Kraftangan

                Modul Lencana Pembaca Buku



Tahun 5

                  Modul Lencana Keris Perak


Lencana Kepandaian (Kategori Pengetahuan) Pilih 2 sahaja

                 Modul Lencana Ahli Pasukan Permainan

                 Modul Lencana Ahli Olahraga


Lencana Kepandaian (Kategori Perkhidmatan) Pilih 2 sahaja

               Modul Lencana Pengurus Rumah



Tahun 6

              Modul Lencana Keris Emas

Sunday, 12 March 2017

Pengakap Remaja

Tingkatan 4 -5


       SASARAN SKIM LENCANA PENGAKAP REMAJA

                      RANCANGAN TAHUNAN PR



                     MODUL BUKU LOG PERIBADI PR

                        MODUL LENCANA JAYADIRI

                         MODUL LENCANA KEGIATAN

                         MODUL LENCANA KEMAHIRAN

                        MODUL LENCANA PERKHIDMATAN

                        MODUL LENCANA EKSPIDISI

Wednesday, 8 March 2017

Pengakap Muda (Tingkatan 1 hingga 3)

Image result for logo pengakap malaysia



UNIT PENGAKAP MUDA adalah salah satu daripada beberapa unit dalam persaudaraan Pengakap yang lain iaitu Pengakap Kanak-Kanak, Pengakap Remaja, dan Pengakap Kelana. Unit ini ialah bagi remaja yang berumur dari 12 hingga 15 tahun. Had Umur untuk menyertai Pasukan Pengakap Muda telah dinyatakan di dalam Perkara 244; Bahagian 6; Pertubuhan Kumpulan di dalam Dasar, Pertubuhan dan Peraturan Persekutuan Pengakap-Pengakap Malaysia:
244.       
1.            Untuk menjadi seorang Pengakap Muda seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai umur 16 tahun.
2.            Seorang Pengakap Muda apabila sampai umur 15 tahun mesti menerima latihan sesuai dengan umurnya. Apabila dia samapi ke peringkat ini dalam kepengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap, dengan makna yang lebih besar sesuai dengan umurnya yang telah meningkat itu.
3.            Seorang Pengakap Muda hendaklah meningalkan pasukannya apabila sampai umur 16 tahun.

Seseorang remaja itu boleh manjadi Pengakap Muda terus daripada Pengakap Kanak-Kanak ATAU sebagai seorang ahli baru apabila telah berumur 12 tahun dan telah mendapat Lencana Keahlian setelah diuji dalam beberapa perkara yang tertentu.

Unit ini ialah peringkat yang kedua dalam sistem latihan yang progresif dalam Pergerakan Pengakap bagi menggalakkan dan memperbaiki lagi kesuburan rohani, jasmani, akal dan pergaulan di kalangan ahli-ahlinya.

Unit ini dibahagikan kepada beberapa patrol tiap satu seramai 6 hingga 8 orang yang diketuai oleh seorang Ketua Patrol di bawah pimpinan seorang Ketua Kumpulan Pengakap Muda dan  dibimbing oleh seorang lelaki atau wanita dewasa yang dipanggil Pemimpin Pengakap Muda.

Cogan Kata bagi unit Pengakap Muda ialah SELALU BERSEDIA.



Image result for cogankata pengakapTatacara Pemakaian Uniform Pengakap Muda

Lengan Baju Sebelah Kanan

Lengan Baju Sebelah Kiri

Image result for cogankata pengakapTatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Lelaki)

Image result for uniform pengakap perempuanTatacara Pemakaian Uniform Pengakap (Perempuan)

Image result for uniform pengakap perempuanTanda / Lencana Pangkat Pengakap


Image result for cogankata pengakapTanda / Lencana Patrol Pengakap (Warna - PKK, Nama Burung - PM, Nama Pahlawan - PR)

Sumber rujukan
1.  http://pengakap-muda.blogspot.my/



          Panduan Skim Lencana Pengakap Muda

              SASARAN SKIM LENCANA PENGAKAP MUDA


Tingkatan 1

             MODUL LENCANA KEAHLIAN PM

                   MODUL LENCANA USAHA


              MODUL LENCANA KEGEMARAN

                  MODUL LENCANA JURUMASAK DI KHEMAH

                       MODUL LENCANA AHLI SUKAN

                           REKOD UJIAN LENCANA USAHA


Tingkatan 2

                      SASARAN SKIM LATIHAN LENCANA PM

                          MODUL LENCANA MAJU

      MODUL LENCANA PENGETAHUAN (PILIH 3 SAHAJA)

     MODUL LENCANA PERKHIDMATAN (PILIH 3 SAHAJA)

                          REKOD UJIAN LENCANA MAJU


Tingkatan 3


                            REKOD UJIAN LENCANA JAYA

                                MODUL LENCANA JAYA


Lencana Keris Emas PKK (Tahun 6)

Lencana Keris Emas

Image result for lencana keris emas

Modul Lencana Keris Emas






Perkhemahan Pra Pentarafan Rambu Pengakap Kanak-kanak


Ujian Rambu Pengakap Kanak-kanak






Majlis Penyampaian Anugerah Rambu PKK

Image result for rambu pengakap kanak-kanak

Tuesday, 7 March 2017

Lencana Keris Perak PKK (Tahun 5)

Lencana Keris Perak




      Modul Lencana Keris Perak



Lencana Kepandaian
(Kategori Pengetahuan)  Pilih 2 sahaja


Image result for lencana keris perak pengakap kanak-kanak


  • Ahli Olahraga
  • Ahli Pasukan Permainan
  • Ahli Sains
  • Pencita Alam Semulajadi
  • Pembaca peta
  • Pengembara
  • Pemeliharaan Alam Sekitar

        Modul Ahli Pasukan Permainan

       Modul Ahli Olahraga


  


Lencana Kepandaian

(Kategori Perkhidmatan)  Pilih 2 sahaja

    
Related image

  • Pekerja Am
  • Pengurus Rumah
  • Penyelamat Nyawa
  • Ahli Pertolongan Cemas

      Modul Lencana Ahli Pengurus Rumah

Lencana Keris Gangsa PKK (Tahun 3/4)

 Lencana Keris Gangsa

Image result for Lencana keris gangsa

          Modul Lencana Keris Gangsa





Kategori Lencana Kegemaran (Pilih 2 Sahaja)



                Ahli Koleksi Hobi


Memungut, dan mengumpul benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengna kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.

Contoh hobi yang boleh dijalankan (cadangan):

  1. Mengumpul Setem
  2. Mengambil gambar berbagai tumbuhan, bunga, haiwan, sejarah, sukan, pembangunan, buah-buahan dan lain-lain.
  3. Mengumpul sampul surat keluaran khas
  4. Mengumpul pelbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan
  5. Mengumpul pelbagai jenis batu batan
  6. Mengumpul pelbagai bentuk botol dan penutup botol
  7. Menyimpan pelbagai mata wang asing samada kertas atau syiling
  8. Mengumpul kotak mancis pelbagai logo
  9. Mengumpul rantai kunci (keychain)
  10. Mengumpul lencana-lencana Pengakap seperti lencana jambori, korobori dan sebagainya
             Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi




                     Ahli Kraftangan


Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan):

  1.  Membuat asas anyaman tradisional
  2. Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian)
  3. Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun)
  4. Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain
  5. Membuat origami
  6. Membuat topeng (topeng watak-watak cerita hutan)

                    Ahli Peladang Kecil


  1. Menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas
  2. Menyediakan  batas untuk sayuran dan membaja semasa penyediaan batas
  3. Menjaga tanaman sayuran / keratan batang / raizom di batas dan membaja
  4. Membuat junjung bagi pokok sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang
  5. Menjaga pokok buah-buahan dan mengetahui serba sedikit tentang baja dan racun
  6. Menanam pokok-pokok ubi seperti keledek
  7. Memelihara 10 ekor anak ayam
  8. Mendengar ceramah daripada pegawai pertanian berkenaan isu-isu pertanian.

   

                               Pelukis


  1. Melukis dengan apa-apa bahan lukis SATU watak dari buku "Cerita Hutan" karangan Rudyard Kipling.
  2. Melukis pelangi dan menamakan warnanya.
  3. Mengetahui warna Perdana, warna Sekunder dan Roda Warna.
  4. Mengadun untuk mendapatkan pelbagai warna.
  5. Melukis satu gambaran peristiwa atau satu watak dalam sebuah cerpen yang dibacakan pemimpin.
  6. Membuat kad ucap selamat untuk salah satu perayaan di Malaysia.
  7. Membuat kolaj.


                     Pembaca Buku


  1. Menyedia daftar lapan buah buku yang dibaca.
  2. Boleh membaca menepati tanda baca dan tekanan suara yang betul.
  3. Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan.
  4. Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya.
  5. Menghurai petikan, peribahasa dan kata-kata.
  6. Membuat penilaian bertulis mengenai buku sastera kanak-kanak.
  7. Boleh menggunakan kamus dan ensaiklopedia.
  8. Menjadi perpustakawan sekolah/tempatan.
             Ujian Lencana Pembaca Buku





                     Penghibur



  1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik dari enam jenis muzik (Lagu Asli/Lagu Patriotik/Lagu Asli/Lagu Tradisi Masyarakat/Lagu Tarian Asli atau Joget Malaysia/Lagu Pengakap/Lagu Kanak-kanak)
  2. Boleh menyanyi dua buah lagu dengan iringan muzik, sebuah lagu Patriotik dan satu lagi lagu Pengakap.
  3. Mengajar dua buah lagu dan dua buah tarian untuk Malam Pengakap Kanak-kanak.
  4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional.
  5. Tahu menggunakan alat perakam.
  6. Boleh memainkan dua jenis alat muzik

Kursus Kepimpinan Pengakap - Manikayu Peringkat Pengenalan Tahun 2017

Kursus tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut

Tarikh:             15 Mac, 2017 (RABU)
Masa:               8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat:            Kem Pengakap Negeri Sembilan,                          
                        Bukit Putus,                          
                       Jalan Seremban - Kuala Pilah                         
                       Seremban

Yuran pendaftaran:  RM30.00 tunai (sangat dialu-alukan)

Borang dan bayaran diserahkan semasa pendaftaran

Mohon whatsap atau telegram nama, no kp dan nama sekolah:  
En Shafizan bin Shahriman (012-2043522)

Selamat berkursus.

Lencana Keahlian dan Lencana Wajib PKK (Tahun 3/4)

Pengakap Tahun 3 /4 atau Ahli baharu 

Image result for lencana keahlian pengakap kanak-kanak
Lencana Keahlian 

Modul Lencana Keahlian PKK

 Lencana Wajib

Setelah dilantik, PKK perlu menjalani latihan dan ujian bagi mendapatkan lencana Wajib (Pilih salah satu) antara Lencana Renang atau Lencana Berbasikal

Lencana Renang    


Lencana Berbasikal

Modul Lencana Wajib - Berbasikal 




Sunday, 5 March 2017

Taklimat Pendaftaran Keahlian Pengakap Sekolah-Sekolah Daerah Jempol Tahun 2017

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut

Tarikh:  6 Mac, 2017

Hari:  Isnin

Tempat:  Bilik Mesyuarat SMK Seri Jempol








Draf Manual Prosedur dan Borang Pendaftaran Kumpulan Pengakap 2017
Bil
Perkara
Tindakan
1
Borang Permohonan Tauliah Pemimpin (PPM9A)
Semua Pemimpin dan Penolong Pemimpin
2
Borang Pendaftaran Individu PKK/PM/PR (PPM1A)
Semua Pengakap
3
Borang Pendaftaran Pemimpin/Penolong Pemimpin/Jawatankuasa Kumpulan/Ahli Majlis (PPM1B)
Semua Pemimpin/ Penolong pemimpin/ Jawatankuasa & Ahli Majlis
4
Borang Pendaftaran Kumpulan (PPM2A) Excel

Borang Excel 2017

Jawatankuasa Pendaftaran Setiap Sekolah
5
Borang Pendaftaran Kumpulan Baharu (PPM8)
Sekolah yang belum daftar
6
Penyerahan yuran pendaftaran dan emelkan borang excel
Tunai

Ketua Pemimpin dan Jawatankuasa Pendaftaran Daerah










Panduan Pentadbiran Kumpulan Pengakap
Bil
Perkara
Tindakan
1
Mesyuarat Agong Kumpulan
Semua Pemimpin
2
Pembahagian Sekawan / Patrol


Pemimpin & Pengakap
3
Pembahagian Tugas pemimpin/Pen.  Pemimpin

PKK               PM           PR          Kelana
Tahun3/4    Ting 1      Ting 4    Penggal 1
Tahun 5       Ting 2      Ting 5    Penggal 2, 3
Tahun 6       Ting 3         

Ketua Pemimpin
4
Pendaftaran Keahlian & Kad keahlian

Ketua Pemimpin
5
Aktiviti Skim Lencana

Lencana Keahlian + Berbasikal (PKK)

Boleh mohon bantuan teknikal melalui surat, Cikgu Fuarudin
Sk: Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol

Semua Pemimpin
6
Perancangan Tahunan

     Rancangan Tahunan PKK

       Sasaran Skim Lencana PKK




       Rancangan Tahunan PM

     Sasaran Skim Lencana PM




           Rancangan Tahunan PR

          Sasaran Skim Lencana PR


Semua Pemimpin
7
Buku log, Modul dan Sijil


Modul Skim Lencana, Cikgu Fuarudin SK St Aidan
Sijil dan Lencana, Cikgu Amirul Asyraf SK Serting Felda (RM2)

Semua Pemimpin
8
Uniform pengakap
Semua Pemimpin
9
Anugerah Rambu PKK/PM/PR
Ketua Pemimpin
10
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan
Ketua Pemimpin



No Kumpulan Sekolah

Bagi menyemak no kumpulan dan no pendaftaran sekolah, tuan/puan boleh layari:

     Lampiran 1

     Lampiran 2

     Lampiran 3

Unit Pengakap Muda - Laut
Unit Pengakap Muda - Udara
-          Pilih 4 wakil sekolah
-          Tingkatan 1 sahaja
-          Minima 2A / 3A UPSR


                        Borang Daftar Calon Pengakap Laut dan Udara


Projek Anugerah PKK/PM/P Remaja /Kelana
-          Cadangan:  4 orang pengakap

Unit PPKI

Latihan dan Bengkel Untuk Pemimpin
1.      Kursus Manikayu Peringkat Penerangan
2.      LDP / Bengkel Skim  Latihan
3.      Radio Amatur + Peperiksaan
4.      Asas Bantu Mula
5.      Asas Kebombaan


MOP
Kem Pengakap Bukit Laka, Jalan Bahau – Batu Kikir
-          Dibuka untuk perkhemahan pengakap sekolah/Badan Beruniform dll
-          Berbincang dgn Cikgu Sulaiman SMK Seri Jempol



PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...