VISI
- Melahirkan ahli-ahli Pengakap yang berketrampilan, berdaya saing serta memiliki ciri-ciri disiplin yang boleh dicontohi oleh generasi akan datang.
- Menanamkan semangat setiakawan yang tulen di kalangan ahli dan pemimpin pengakap Daerah Jempol
- Melahirkan ahli Pengakap yang lengkap dengan ilmu kepengakapan sedunia dan mampu berdikari walau di mana jua berada.
- Menyediakan ahli-ahli Pengakap yang memiliki sahsiah yang tinggi khususnya dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS).
- Melahirkan generasi ahli-ahli Pengakap yang bertanggungjawab terhadap diri, keluarga, masyarakat dan negara.
MISI
- Mengadakan aktiviti-aktiviti yang berteraskan motivasi diri dan menerapkan nilai-nilai murni bagi meningkatkan keyakinan ahli berhadapan dengan masa depan.
- Menjalankan program bersepadu dalam daerah dan bahagian bagi menggalakkan ahli-ahli menghormati antara satu sama lain tanpa mengira kaum, kedudukan dan agama.
- Menjalankan program-program pendidikan luar yang berteraskan kemahiran pengakap sesuai dengan suasana pesekitaran aktiviti.
- Menjalankan program keilmuan agama dan kerohanian dan tujuan mendidik dan membentuk kendiri ahli-ahli Pengakap yang boleh dicontohi oleh generasi mendatang.
- Melaksanakan program-program kemasyarakatan melibatkan ahli-ahli Pengakap sekaligus memberi peluang kepada masyarakat setempat mengenali dengan lebih dekat pergerakan pengakap dari semasa ke semasa.
TERIMA KASIH TUAN. SAYA MOHON SHARE
ReplyDelete