Monday, 27 February 2017

Lencana PKK (Ahli Baharu) Tahun 3 / 4

Image result for lencana keris gangsa pengakap kanak-kanak
Lencana Keahlian

Lencana Wajib (Lencana Renang atau Lencana Berbasikal)

Lencana Renang

  1. Mengetahui peraturan keselamatan di air (teori)
  2. Menunjukkan cara memulakan berenang dan kemahiran keselamatan diri kepada Penilai / Pemeriksa cara turun di air, cara timbul tenggelam, cara tarik dan hembus nafas, menahan nafas (teori) ATAU
  3. Cara junam, terjun kaki lurus / junam depan layang (teori)
  4. Cara luncur, meniarap, tendang keribas, cara gaya rangkak tangan dilutut / tangan di atas kepala; gerak tangan, tendang rejang, meniarap, rangkaian meniarap (teori)
  5. berenang dengan tidak berhenti-henti sejauh 20 meter dengan berpakaian seragam pengakap kanak-kanak yang lengkap (di dalam air aras pinggang)
  6. Berenang mengapar menimbulkan diri (Mushroom Float).  Berenang menyeberang dengan cara terlungkup, terlentang, dengan berbagai cara / gaya biasa.  Bila sampai separuh jalan ke jalan yang dituju berbalik semula menghabiskan renangnya dengan gaya yang sama
  7. Mengetahui cara mengendalikan jaket keselamatan di air.
 1-pengenalan-peralatan-renang


Lencana Berbasikal

Lencana ini diberi kepada Ahli Pengakap Kanak-kanak sebagai mengakui pengetahuan dan kesungguhan dalam berbasikal dengan mengetahui undang-undang jalanraya, menjaga dan membaiki kerosakan kecil basikal dan mengamalkan peraturan berbasikal yang betul.

  1. Menyatakan 4 undang-undang jalanraya semasa berbasikal
  2. mengetahui dan menyatakan kepada penilai 10 peraturan semasa menunggang basikal
  3. menunjukkan cara memberi isyarat tangan semasa berbasikal
  4. menyebutkan 10 perkara yang menyebabkan kemalangan semasa berbasikal.
  5. Menjaga basikal seperti membaiki kerosakan kecil dan menjaga kebersihannhnya
  6. Menunggang basikal dengan diperhatikan oleh Penilai / Pemeriksa mengikut jalan yang ditetapkan dan cukup faham mengenai peraturan jalanraya bagi penunggang basikal dan mengetahui undang-undang jalanraya yang ditetapkan bagi penunggang basikal termasuk penggunaan jalan simpang, bulatan dan lintasan pejalan kaki.
 1-undang-undang-jalanraya-berbasikal_7408.html
2-peraturan-berbasikal.html
3-bahagian-basikal.html
4-perkara-yang-menyebabkan-kemalangan.html
6-cara-membaiki-basikal.html
6-tips-berbasikal.html

Ujian Lenana Berbasikal


Lencana Keris Gangsa

Image result for Lencana keris gangsa
Lencana Keris Gangsa





Kategori Lencana Kegemaran (Pilih 2)


Ahli Koleksi Hobi

Memungut, dan mengumpul benda-benda sebagai hobi dan menyimpan dengna kemas dan tersusun dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan serta mengetahui sedikit sebanyak tentang koleksinya.

Contoh hobi yang boleh dijalankan (cadangan):

  1. Mengumpul Setem
  2. Mengambil gambar berbagai tumbuhan, bunga, haiwan, sejarah, sukan, pembangunan, buah-buahan dan lain-lain.
  3. Mengumpul sampul surat keluaran khas
  4. Mengumpul pelbagai daun dan bunga yang sudah dikeringkan
  5. Mengumpul pelbagai jenis batu batan
  6. Mengumpul pelbagai bentuk botol dan penutup botol
  7. Menyimpan pelbagai mata wang asing samada kertas atau syiling
  8. Mengumpul kotak mancis pelbagai logo
  9. Mengumpul rantai kunci (keychain)
  10. Mengumpul lencana-lencana Pengakap seperti lencana jambori, korobori dan sebagainya

Ujian Lencana Ahli Koleksi Hobi

Ahli Kraftangan

Contoh aktiviti kraftangan yang boleh dijalankan (cadangan):

  1.  Membuat asas anyaman tradisional
  2. Membuat Wogel daripada pelbagai bahan (ukiran kayu, ruas buluh, tali dan yang bersesuaian)
  3. Membuat penanda buku (seperti daripada kulit terbuang atau daun)
  4. Membuat perkakas yang berguna daripada rotan, buluh, tempurung dan lain-lain
  5. Membuat origami
  6. Membuat topeng (topeng watak-watak cerita hutan)

Ahli Peladang Kecil


  1. Menyediakan tapak semaian dan memindahkan semaian ke batas
  2. Menyediakan  batas untuk sayuran dan membaja semasa penyediaan batas
  3. Menjaga tanaman sayuran / keratan batang / raizom di batas dan membaja
  4. Membuat junjung bagi pokok sayuran yang memanjat seperti timun dan kacang
  5. Menjaga pokok buah-buahan dan mengetahui serba sedikit tentang baja dan racun
  6. Menanam pokok-pokok ubi seperti keledek
  7. Memelihara 10 ekor anak ayam
  8. Mendengar ceramah daripada pegawai pertanian berkenaan isu-isu pertanian.

Pelukis

  1. Melukis dengan apa-apa bahan lukis SATU watak dari buku "Cerita Hutan" karangan Rudyard Kipling.
  2. Melukis pelangi dan menamakan warnanya.
  3. Mengetahui warna Perdana, warna Sekunder dan Roda Warna.
  4. Mengadun untuk mendapatkan pelbagai warna.
  5. Melukis satu gambaran peristiwa atau satu watak dalam sebuah cerpen yang dibacakan pemimpin.
  6. Membuat kad ucap selamat untuk salah satu perayaan di Malaysia.
  7. Membuat kolaj.

Pembaca Buku

  1. Menyedia daftar lapan buah buku yang dibaca.
  2. Boleh membaca menepati tanda baca dan tekanan suara yang betul.
  3. Membuat kritikan atas isi petikan yang dibaca dan membuat telahan.
  4. Menterjemah petikan penting dan meringkaskannya.
  5. Menghurai petikan, peribahasa dan kata-kata.
  6. Membuat penilaian bertulis mengenai buku sastera kanak-kanak.
  7. Boleh menggunakan kamus dan ensaiklopedia.
  8. Menjadi perpustakawan sekolah/tempatan.


Penghibur


  1. Memilih dan memainkan tiga lagu dengan alat muzik dari enam jenis muzik (Lagu Asli/Lagu Patriotik/Lagu Asli/Lagu Tradisi Masyarakat/Lagu Tarian Asli atau Joget Malaysia/Lagu Pengakap/Lagu Kanak-kanak)
  2. Boleh menyanyi dua buah lagu dengan iringan muzik, sebuah lagu Patriotik dan satu lagi lagu Pengakap.
  3. Mengajar dua buah lagu dan dua buah tarian untuk Malam Pengakap Kanak-kanak.
  4. Mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu tarian tradisional.
  5. Tahu menggunakan alat perakam.
  6. Boleh memainkan dua jenis alat muzik

No comments:

Post a Comment

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...