Thursday 15 June 2017

DOKUMENTASI PROGRAM " SCOUT JEMPOL BERTADARUS" TAHUN 2017M/1438H

Sekiranya Kami turunkan Al Quran ini ke atas sebuah gunung,  nescaya engkau melihat gunung itu khusyu serta pecah belah kerana takut kepada Allah.  Dan ingatlah misal misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. ( SURAH AL - HASYR, AYAT 21)

    Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Program SCOUT JEMPOL BERTADARUS telah berjaya dilaksanakan dengan sempurna.  Penyertaan bagi program ini adalah seramai 550 orang peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Pengakap Kumpulan - Kumpulan Sekolah Rendah dan Menengah Pengakap Daerah Jempol dan Jelebu.     

     Sekalung penghargaan kepada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu,  Jawatankuasa Masjid Tuanku Mukhriz Bandar Seri Jempol, Jawatankuasa Program SCOUT JEMPOL BERTADARUS,   Kepimpinan Ahli Majlis Pengakap Daerah Jempol, Jurulatih Pengakap Daerah Jempol, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Daerah Jempol, Pemimpin dan Penolong Pemimpin Pengakap Daerah Jelebu,  Pengetua dan Guru Besar Sekolah Sekolah, Fasilitator yang terdiri daripada Ustaz dan Ustazah sekolah- sekolah Rendah dan Menengah,  Para ibu bapa,  Pemimpin-pemimpin masyarakat dan seterusnya kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan program ini. Semoga usaha yang dilaksanakan ini menjadi satu pencetus ke arah kemenjadian murid murid yang cintakan Al Quran dan seterusnya membentuk jiwa rohani seorang Islam yang isitiqamah melaksanakan kebaikan berlandaskan Al Quran dan As Sunnah. 


Pendaftaran SCOUT JEMPOL BERTADARUS


Taklimat dan ramah mesra Tuan Sulaiman bin Malik bersama Pengakap Kelana. 

Sesi taklimat dari Al Fadhil Ustaz Hirma bin Mohd Tahir

Ucapan dari Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol,  Tuan Sulaiman bin Malik. 

Pendafataran peserta SCOUT JEMPOL BERTADARUS





Majlis tadarus bermula. 



















Semak bacaan bersama sama.  
























Gema merdu bacaan Al Quran oleh semua peserta SCOUT JEMPOL BERTADARUS. 

Majlis Khatam dilaksanakan yang diketuai oleh Al Fadhil Ustaz Muhamad Hafiz bin Uzair dan Al Fadhil Ustaz Rahmat bin Yahya dan barisan Pengakap Kelana.  




Majlis Penutupan SCOUT JEMPOL BERTADARUS yang telah disempurnakan oleh Tuan Mustatafa bin Yusof,  Penyelia Kokurikulum PPD JEMPOL JELEBU.



Peserta dari Pengakap Kelana SMK DATO' UNDANG MUSA AL HAJ, JELEBU. 

Peserta dari SMK SERI JEMPOL

Peserta dari SK BANDAR BARU SERTING

Dari kiri: Tn.  Abdul Wahab bin Mohd Zain( Bilal Masjid Tuanku Mukhriz,  wakil dari pihak masjid), Al Fadhil Ustaz Muhamad Hafiz bin Uzir ( Ketua Majlis Khatam Scout Jempol Bertadarus),  Tn.  Sulaiman bin Malik ( Pesuruhjaya Pengakap Daerah Jempol & Tn.  Mustatafa bin Yusof ( Penyelia Kokurikulum,  Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu).




No comments:

Post a Comment

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...