Wednesday, 1 March 2017

Buku Log Pengakap


Saiz dan ketebalan
Saiz Buku Log yang sesuai adalah 21 cm x 32 cm dengan ketebalan 200 muka surat dan berkulit tebal. (200 Foolscap Book)


Kulit Luar (Cover)
Kulit luar buku amat penting dijaga agar ianya tahan lama dan tidak mudah rosak. Sebaiknya kulit buku tersebut dibalut dengan plastic (pvc book wrapper) agar tidak mudah binasa akibat basah.Logo bagi ujian atau lencana berkaitan boleh dilekatkan bagi memudahkan penulis serta pemeriksa membezakan buku-buku log yang ada mengikut isi kandungannya.
Contoh luar buku log
Halaman pertama

Halaman pertama merupakan halaman yang paling penting kerana di sinilah selalunya para pemeriksa dapat membuat pemerhatian umum dan mengagak kesungguhan penulis dalam menyediakan buku tersebut (First impression evaluation).

Sebaik-baiknya halaman pertama dimuatkan dengan maklumat peribadi penulis. Contoh maklumat adalah seperti berikut :

Maklumat Asas
Nama Penuh
No. Sijil Lahir / Kad Pengenalan
Tarikh dan Tempat Lahir
No. telefon / Telefon bimbit
Alamat e-mail / url
Alamat surat menyurat

Maklumat Kepengakapan
Tarikh Mula Berpengakap
Nama Sekawan / Patrol (terkini)
No. Kumpulan / Troop / Krew (terkini)
Nama dan alamat Sekolah (terkini)
Daerah (terkini)

Maklumat Waris dan Alamat Perhubungan
Alamat tetap
Nama Bapa dan pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit
Nama Ibu dan Pekerjaannya
No. telefon / Telefon bimbit

Contoh halaman pertama buku log yang mengandungi maklumat peribadi penulis bagi buku log tersebut
Halaman kedua
Halaman kedua selalunya adalah lebih baik dimuatkan kandungan atau sukatan bagi ujian lencana (bagi buku log lencana). Ruangan untuk tandatangan pengesahan pemimpin beserta tarikhnya juga harus disediakan di tepi kanan setiap tajuk ujian yang disenaraikan.
Nota :
Di masa lepas, setiap Pengakap dibekalkan dengan 'Kad Ujian' (Laporan Kemajuan) mengandungi sukatan ujian serta ruangan tandatangan Pemimpin. Dan kad ini dilekatkan pada buku log.
Pada hari ini, Buku Log berfungsi sebagai 'Kad Ujian' bagi setiap ahli Pengakap.

Ruangan Catatan di setiap muka surat


Adalah dicadangkan agar ruangan selebar 1 – 2 inci disediakan di sebelah kanan setiap muka surat di dalam buku log. Ini adalah untuk memudahkan perkara-perkara berikut :
(1) Ruangan bagi komen, ulasan dan pengesahan pemeriksa buku.
(2) Pembetulan fakta yang perlu dibuat selepas selesai penulisan.
(3) Penambahan fakta
(jika tertinggal semasa menulis nota / fakta yang diperolehi sesudah penulisan nota)



Contoh kegunaan ruangan kosong di sebelah kanan setiap muka surat di dalam Buku Log.

Foto, lakaran dan sampel di dalam buku log
Penulis bebas untuk menggunakan foto, lakaran, lukisan mahupun sebarang bentuk ilustrasi untuk menyokong laporan ataupun nota di dalam buku log mereka. Namun, ianya haruslah tulen dan menggambarkan perkara sebenar mengikut skim ataupun berdasarkan pengalaman ataupun apa yang telah dilakukan oleh penulis.
Contoh laporan bergambar di dalam Buku Log



Untuk tugasan tertentu contohnya di dalam Pengembaraan di mana ahli Pengakap diarahkan untuk mengumpulkan sampel tertentu seperti tumbuhan, serangga dan sebagainya, penulis buku log haruslah mempelajari teknik mengawet (sekiranya perlu) dan sampel boleh dilekatkan di dalam buku log mereka.
Contoh sampel yang disimpan di dalam Buku log


Lakaran ataupun lukisan sebaik-baiknya dilukis sendiri oleh penulis. Pemeriksa buku log tidak menilai atas cantik atau tidaknya sesebuah lukisan yang dibuat di dalam buku log,Apa yang lebih penting ialah penulis berupaya menyampaikan laporan serta nota dengan jelas hasil dari kerja tangan mereka sendiri.
Contoh lukisan di dalam Buku Log


Bentuk penulisan dan isi nota
Penulisan di dalam Buku Log haruslah benar, asli dan jelas. Penulis haruslah menggunakan ayat yang ringkas tetapi padat, tepat dan jelas. Elakkan penggunaan ayat yang panjang berjela-jela.
Contoh bentuk penulisan laporan


Apakah yang perlu dimuatkan di dalam Catatan peribadi?

Buku Log Catatan Peribadi lebih merupakan 'Profail' diri penulis secara keseluruhan.
Di dalam buku tersebut, antara bahan-bahan yang boleh dimuatkan adalah seperti berikut :
(1) Maklumat lengkap penglibatan dalam Pengakap
(2) Kursus-kursus yang telah dihadiri (beserta salinan sijil berkaitan)
(3) Ujian-ujian yang telah dilepasi (beserta salinan sijil berkaitan)
(4) Kemahiran khusus atau luar skim latihan yang dimiliki.


Kesimpulan
Apa yang dicatatkan di dalam Buku Log haruslah berbentuk laporan terhadap apa yang telah dilakukan oleh penulis dan bukannya SALINAN nota dari bahan rujukan lain. (Kecuali sesetengah nota yang berbentuk fakta seperti lagu kebangsaan, tugas dan fungsi jawatan-jawatan tertenu dan sebagainya).Buku Log adalah merupakan nadi kepengakapan seseorang ahli Pengakap. Ianya merupakan bukti kepada kesungguhan, komitmen serta penglibatan ahli dalam aktiviti, program dan ujian sepanjang mereka berpengakap.

Sumber :

scoutinginsabah.blogspot.com




Berikut merupakan cadangan bagaimana pembahagian catatan Buku Log bagi tajuk-tajuk asas yang sesuai dan mudah dijaga oleh seseorang Pengakap.UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK(1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku(2) Lencana Keris Gangsa - 1 buku(3) Lencana Keris Perak - 1 buku(4) Lencana Keris Emas + Rambu Pengakap Kanak-kanak - 1 buku

UNIT PENGAKAP MUDA(1) Catatan Peribadi (Maklumat diri) + Lencana Keahlian - 1 buku(2) Lencana Usaha - 1 buku(3) Lencana Maju - 1 buku(4) Lencana Jaya + Rambu Pengakap Muda - 1 buku(5) Buku Log Pengembaraan - 1 buku

UNIT PENGAKAP REMAJA(1) Lencana Ekspedisi - 1 buku(2) Lencana Jayadiri - 1 buku(3) Lencana Kegiatan - 1 buku(4) Lencana Kemahiran - 1 buku(5) Lencana Perkhidmatan - 1 buku(6) Ujian Sikap - 1 buku

UNIT PENGAKAP KELANA(1) Catatan Peribadi + Lencana Keahlian + Vigil + Pertabalan - 1 buku(2) Lencana-lencana Kemajuan - 1-5 buku(3) Projek - 1 buku(4) Program atau Aktiviti Khas (jika ada) - 1 buku


MAKLUMAN:


Untuk kegunaan Pentarafan Pengakap Raja, calon dikehendaki bersedia bahawa setiap calon harus menghantar atau membawa bersama buku-buku log berikut untuk diperiksa serta bagi kegunaan ujian semasa pentarafan.


(1) Buku Log Catatan peribadi / Lencana Keahlian(2) Buku Log Lencana Usaha(3) Buku Log Lencana Maju(4) Buku log Lencana Jaya(5) Buku log Pengembaraan(6) Buku log Lencana Jayadiri(7) Buku log Lencana Kegiatan(8) Buku log Lencana Kemahiran(9) Buku log Lencana Perkhidmatan(10) Buku log Lencana Ekspedisi(11) Buku Log Ujian Sikap


Buku-buku Log tersebut di atas haruslah telah disahkan oleh Pesuruhjaya Daerah atau sekurang-kurangnya Pemimpin Kumpulan.

No comments:

Post a Comment

PENGAKAP REMAJA (PR)

  ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.  SALAM PENGAKAP. BERSAMA INI DISERTAKAN MAKLUMAT BERKAITAN UNTUK MEMBANTU PEMIMPIN PENGAKAP DI NEGERI...